Saturday, August 13, 2005

mama...

mama busuk..muahhhhhhhhhhhh...sayang mama busuk ni....


Posted by kaydin8 at 12:01 pm | Nak Spelling Aku?

Saturday, January 08, 2005

SIYRAT KE SIDRA LANGIT

Siyrat Ke Sidra Langit
 
Bibirku berbicara puisi
Jejariku menulis nota musik
Hatiku lemas dalam keagungan seni
Jasadku bersemarak berdikir
 
Lalu kenapa mindaku terusik...
 
Salahkah langkah
Silapkah rasa
Sesatkah jalan
Terpesongkah haluan
 
Lantas mengapa sekarang...
 
Cahaya begitu terang
Masihkah aku sesat dalam halaman
Atau ini semua hanya fana
Menghadang rajawali terbang
 
Luka disayap baru pulih
Lalu melayang peluru dari langit
Terhunus aku berpacakkan kaki
Di bumi tuhan aku terbaring
 
Kurangkak ke langit
Namun bumi tidak lepaskan kaki
Aku bisa dongak mengharap
Sampai kapan nyawaku dapat bertahan
 
Antara sidra bumi dan langit...
 


Posted by kaydin8 at 11:48 am | Nak Spelling Aku?

BOSANNNNN

Aku dah bosan.....
Bosan dengan sikap sesetengah individu
yang hidup disekeliling ku
Bosan dengan bangsa ku
yang mengaku Melayu
tetapi tiada prinsip diri
Mudah lupa asal usul sendiri

Bila kerja baru makan gaji
Itu pun kategori kuli
Mak aiiiiii punya lah hidung tinggi
Apalagi bila bab "mengipas" amboi offer diri
Mengampu membodek lebih sudip dari kuali
Memang tak sedar diri
Yang ditatangnya itu si kaum C

Bukan dendam bukan dengki
Tapi memang aku benci
Mereka ini lah yang jadi daki
Menindas memijak bangsa sendiri
Kalau memang kami tak layak
Mengapa dulu diambil kerja
Kami masuk dulu bukan salah guna kuasa
Mengapa Penyelia dulu sentiasa berbangga
dengan hasil kerja kami
Meski dia bukan sebangsa & seagama kami?
Kerana kami percaya dasar profesionalisme
Kami tahu kerja kami

Kami terima kau jadi Penyelia baru
Meski kau tu junior dari ku
Kerja setahun dah naik pangkat tu........
Kami percaya itu rezeki mu
Tapi kenapa plak engkau yang haru biru
Dah semua kerja asas pun engkau tak tau
Plak tu engkau plak yang nak buat "appraisal" aku?
Humang aiiiiii.........dah tentu-tentu kau tu buta kayu

Tapi tak per.....
Back up kau sikit punyer power
Iyer lah.........Assistant Manager
Nyonya separa usia
Banyak lah songehnya
Kebodohan & kesilapan engkau yang besar gajah tu
Senang aje dia nak cover
Meski satu kilang dah tau kau punyer cerita
Tak per..........cover baikkkk punyer..
Cuba berikan peluang kedua
Kami plak yang kena torture

Konon 2005 azam baru
Aku malas nak buang tenaga pikir itu
Tapi mana tahu
Tup.......tup.......nko buat appraisal hari tu
Aku tak kisah......redha & terima aje lah apa kau nak bagi aku
Tak pernah ku mimpi nak dapat Outstanding
Takat Satisfactory & Good tu kira dah cukup baik........
Oklah.........wa tak kisah!
But the stupid reason yang kau bagi aku
Aku memang tak boleh terima
Jangan lah nak perbangangkan aku plak
What do you mean with "SUKA KETAWA"?
coz of this reason yang menjejaskan performance appraisal aku?
Apa kau ingat aku ketawa selama 8 jam tanpa henti sepanjang waktu kerja?
Alasan kau....... dulu aku tak suka ketawa, but now aku dah suka ketawa
Hahahaaaaa...........heheheeeeeeeee........kahkahkahakahahahaa
Punya lah bangang alasan yang kau bagi tu
Apa.......buktikan lah kalau ketawa aku tu menjejaskan tahap
prestasi kerjaku
Diam kau sebab kau tak tau
Tak ke haru biru
Ia melibatkan disiplin konon.......
Berapa desible kelansingan tawa ku?
Berapa kadar pencemaran bunyi berlaku akibat suara tawa ku?
Tak termaktub dalam polisi syarikat
Kesalahan disiplin - Ketawa tak tersenarai

Inilah alasan paling lucu
Dalam sejarah kerja ku
Dunia kerja bukan baru bagi ku
Banyak kerja dan banyak boss aku dah jumpa
Inilah kali pertama aku jumpa
Boss paling bangang kat dunia!

perghhhhhhhh.......leganya rasa
minta maaflah kat semua yang baca
bukan niat nak kasar bahasa
sekadar melepas kepanasan di dada
bukan dengki atau apa
sesaja jer.........
apa nak jadi? tunggu ler nanti.........



Posted by kaydin8 at 11:45 am | Nak Spelling Aku?

Friday, January 07, 2005

SEMPENA MENGAMBIL IKHTIBAR BEBERAPA PERCINTAAN TERGADAI!!!

 
 
Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu
Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin berkenalan-kenalan
Dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin di waktu bercinta semuanya indah-indah belaka

Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelik, sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun wangi, peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun

Tiga bulan sahaja yang dahulu bukan masalah sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau harum, sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya yang dipakai namun baunya menyakitkan
Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah

Sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah
Dahulu cinta itu dirasakan sampai ke sudah
Rupanya sebelum separuh jalan punah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik

Sekarang yang baik dianggap jahat
Betapalah yang jahat terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan
Perang mulut pun mula terjadi
Masing-masing saling menunjukkan sikap bermusuhan

Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang
Dahulu marahnya pun indah
Sekarang senyumnya pun pahit macam jadam
Masing-masing bawa diri, izin -mengizin sudah tiada lagi

Makin bertemu perang menjadi-jadi
Makin berjumpa maki benci-membenci
Akibatnya pun sudah terjadi pada suami isteri ini?
Kedua-duanya pergi jumpa tuk khadi

Minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi
Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin
Indahnya dan manisnya sudah habis barulah diijab kabulkan


Posted by kaydin8 at 11:44 am | Nak Spelling Aku?

Thursday, January 06, 2005

MAMPOS

 
====Peristiwa Di Bilik Bersalin====

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.
 
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.
 
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di Four Season Hotel kot....
Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
 
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020.....



Posted by kaydin8 at 12:09 pm | Nak Spelling Aku?

LUNCH TIME

Lunch time

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan

2. Sampai kedai makan, masuk

3. Ambik Pinggan

4. Letak nasi

5. Letak Lauk

6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali

7. Makan

8. Habis

9. Balik Opis or

10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan

2. Perhatikan orang waktu jalan

3. Sempat mengumpat dulu

4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki

5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.

6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu

7. Ramai orang, cari kedai lain.

8. Jalan lagi

9. Dah puas ati..masuk..

10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.

11. Carik2 pinggan, ambik pinggan

12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..

13. Dah puas ati, ambik nasi

14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit

15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali

16. Buang balik nasi.banyak..

17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)

18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit

19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini

20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit

21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi

22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling

23. Ambil lauk

24. Pusing lagi

25. Carik sayur pulak!

26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit

27. Ke kaunter bayaran

28. Tgk2 nasi dlm pinggan

29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"

30. Sampai depan kaunter "berapa?"

31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..

32. Keluarkan duit

33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)

34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki

35. Tutup dompet. Ambik nasi

36. Tinjau-tinjau tempat duduk.

37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!

38. Cari tempat duduk lain

39. Jumpa.Duduk..

40. Alamak.Air tak order lagi

41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung

42. Order air

43. Bangun

44. Ambik sudu

45. Duduk

46. Bangun

47. Ambik Tisu

48. Duduk

49. Air sampai

50. Belek dompet (Step tadi)

51. Bayar

52. Tutup

53. Minum air

54. Start makan

55. Tengok-tengok orang sambil makan

56. Makan separuh..kenyang

57. Sebab dah minum air

58. Letak sudu, letak garpu

59. Pinggan tolak tepi

60. Borak2 kater makanan tak sedap

61. Ngumpat2..tgk orang

62. Pukul 2, naik opis..

63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

No wonder women are more complex than men emotionally :)



Posted by kaydin8 at 12:07 pm | Berbual Lah Korang! (1)

Wednesday, January 05, 2005

KUASA ALLAH

Pelbagai Seperti sukar untuk dipercayai apabila memikirkan bencana alam
yang dasyat masih mampu menyentuh tanahair kita. Tapi, itulah
hakikatnya. Tidak pernah dicatatkan dalam sejarah negara,
ombak besar setinggi pohon kelapa datang ke pesisir pantai
membunuh lebih 50 mangsa dan menyebabkan ribuan orang
hilang tempat berteduh. Buat pertama kalinya, Hopital Selayang,
PUSRAWI dan HUSM terpaksa dikosongkan kerana akur
bergoyang pada gempa bumi berskala 8.9 Richter.

Pada skala Richter, 'severity' :
<6 = mild
6-8 = moderate
>8 = severe

Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter,
ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali
ganda , misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda
lebih kuat dari 1, 3 bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan
seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda
lebih kuat dari satu.

Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya
berukuran 6.5 Richter.

Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah
tarikh 'maut'.

Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China
membunuh 70,000 nyawa.

Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku
di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku
di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera
membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga
berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut
beratus nyawa. Adakah semuanya ini 'coincidental'?
Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember
di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan,
mabuk dan berpoya-poya? Pada pagi 26 Disember 2004,
di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya
memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku
tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan

Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa
Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar
dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natural
disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana
teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat
dokumentari dan berita mengenai gempa bumi, tsunami, ribut,
twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya.
Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah,
janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!

Kita berharap ramai yang mengambil iktibar dari apa yang telah
berlaku.
Tapi nampaknya tidak begitu. Persiapan untuk Countdown 2005
makin hebat. Perpuluh pesta dan konsert sedang menanti. Amat
memeranjatkan sebaik sahaja warta berita selesai dipenuhi berita
bencana tsunami tersebut, bertubi-tubi pula iklan mengenai sambutan
Tahun Baru ke udara. Semuanya mengajak orang ramai melupakan diri
pada malam yang dibintangi segala macam artis popular. Perkhidmatan
kenderaan awam akan dilanjutkan sehingga jam 2-3 pagi. Adakah ini
reaksi kita terhadap peristiwa bencana yang dipertontonkan?
Jauhnya masyarakat kita ini dari kesedaran! Bukan istighfar dan
insaf,tapi makin galak nak lakukan maksiat!Tetapi alhamdulilah,perdana menteri kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan semua program sambutan Tahun Baru 2005 di tangguhkan bagi menghormati mangsa-mangsa Tsunami..Syabas Pak Lah...

Kepada semua, jangan lupa berdoa dan berusaha. Jangan terleka
dengan comfort zone kita dan melakukan rutin harian tanpa sebarang rancangan untuk memacu umat ke taraf yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.



Posted by kaydin8 at 11:48 am | Berbual Lah Korang!s (2)

PETUA


Tip & Petua Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Sejurus bangun pagi, baca doa dan amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35-38 Surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat Subuh, bacalah Surah Yusuf. Kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur, mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat, insya allah.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah 15-30 minit selepas makan.

Amalkan mandi menggunakan kain basahan.

Amalkan diri supaya sentiasa dalam keadaan berwudhu’.

Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat Tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Wallahu’alam


Posted by kaydin8 at 11:47 am | Nak Spelling Aku?

SUNGGUH INDAH

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar



Posted by kaydin8 at 11:39 am | Nak Spelling Aku?

BANGSAT

Manusia Bangsat
>
>Seorang gadis berusia awal 20an menemui seorang doktor pakar
>jiwa.
>
>"Doktor, saya rasa teramat marah yg sangat-sangat dgn boyfreind
>saya
>hinggakan saya memanggilnya manusia bangsat. Ada kalanya saya
>rasa
>ianya keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa sememangnya
>patut saya
>memanggil dia macamtu.."
>
>"Hmm.. panggilan itu sememangnya satu kejian & hinaan yg agak
>melampau
>untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu ada sebab tersendiri
>sehingga
>memangilnya sedemikian. Ceritakan & luahkanlah kpd saya agar saya
>dapat
>membantu.."
>
>"Ya memang ada.. pd satu malam kami berduaan di tepi pantai dalam
>
>kereta. Dia pegang tangan saya."
>
>"Dia pegang tangan kamu macam ni ke?"
>
>"Ya. Macam yg doktor buat nilah caranya"
>
>"Kalau hanya sebab ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat.
>Itu
>tandanya dia tidak mahu berengang dgn kamu..."
>
>"Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu
>saya..."
>
>"Dia buat macam ni ke?"
>
>"Ya. Macam ni lah dia peluk saya doktor.."
>
>"Itu bukan bangsaat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdamping
>dgn
>kamu."
>
>"Kemudia dia cium saya.."
>
>"Dia cium kamu macam ni ke?"
>
>"Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor buat."
>
>"Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil
>bangsat.Itu tandanya dia sayangkan kamu."
>
>"Kemudia dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2
>buah dada
>saya doktor.."
>
>"Dia buat macam ni ke?"
>
>"Ya.Macam doktor buat inilah cara dia memperlakukannya.."
>
>"Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu.."
>
>"Kemudian dia menanggalkan kesemua pakaian saya satu persatu.."
>
>"Adakah kamu membantah tindakannya?"
>
>"Tidak. malah saya merelakannya sebab saya sayangkan dia.."
>
>"Dia tanggalkan pakaian kam u macam ni ker?"
>
>"Ya. Sampai saya berbogel sepenuhnya macam sekarang ni doktor..."
>
>
>"Itu masih belum patut dipanggil bangsat kerana apa yg dia buat
>sebab
>nak mengenali diri kamu sepenuhnya"
>
>"Kemudian dia mencumbui saya lalu mengadakan hubungan seksual
>sepenuhnya
>dgn saya..."
>.....
>...
>.
>
>"Dia buat macam yg kita buat tadi ker?"
>
>"Ya. Memang itulah yg kami lakukan ketika itu"
>
>"Itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia
>memerlukan kamu."
>
>"Kemudian dia memberitahu saya yg dia sebenarnya ada AIDS"
>
>"CHESSSS!!!!! MANUSIA BANGSAAAATTTTT!!!!!" ***Kesemua pekerja
>klinik
>terkejut dgn jeritan doktor pakar jiwa itu tadi..


Posted by kaydin8 at 11:26 am | Nak Spelling Aku?
Next Page

Copyright © 2003-2004 [[KAYDIN]]
All rights reserved